Friday, 12 October 2012

KEPENTINGAN INSURANS DIRI


Kepentingan insurans diri



Huraian;
Perbelanjaan hidup di zaman moden amat memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu, jangan lupa melabur dalam insurans nyawa (life insurance). Terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang akan kamu perolehi sekiranya kamu memiliki polisi tersebut:-

  1. Gaya hidup yang tidak sihat, pencemaran, stress dan pelbagai rencam penyakit adalah punca-punca kematian awal. Apa akan jadi kepada keluarga dan tanggungan sekiranya kita meninggal dunia lebih awal? Insurans boleh menawarkan pampasan supaya kepentingan keluarga terpelihara meskipun ketua keluarga atau sole breadwinner menemui ajalnya terlebih dahulu.
  2. Kos hidup yang tinggi menjadikan kita perlu membuat banyak perbelanjaan besar. Ini ditambah dengan kos rawatan perubatan yang tinggi. Bagaimana jika kita tiba-tiba jatuh sakit dan tidak dapat menyediakan belanja rawatan yang secukupnya? Di sini insurans memainkan peranan yang amat besar sekali dalam membantu kamu menampung perbelanjaan perubatan.
  3. Insurans juga boleh menjadi sumber tabungan. Jika dalam fasa kehidupan tertentu, kamu tiba-tiba memerlukan perbelanjaan kecemasan, polisi insurans boleh dibatalkan supaya kamu boleh mendapat semula wang-wang yang telah dibayar sebelum ini. Di sini insurans boleh menjadi sumber kewangan alternatif untuk diri kamu.
  4. Bayaran bulanan untuk caruman insurans boleh kamu gunakan untuk mendapatkan pelepasan cukai. Terdapat ramai orang yang mengambil polisi insurans dengan niat untuk mendapatkan pelepasan cukai.
  5. Mengambil insurans juga boleh membantu kamu mempunyai tabiat menabung yang baik. Di samping itu, insurans adalah kayu pengukur tentang betapa berharganya dirimu dan betapa pentingnya kamu mempunyai jaringan keselamatan (safety net) sekiranya berlaku kemalangan dan kecemasan melibatkan nyawa dan kesihatan diri.


    Gambar Contoh: Pihak Insurant akan datang membantu kita apabila kita mengalami masalah kewangan



    PILIHLAH INSURANS ANDA DENGAN TEPAT




Thursday, 11 October 2012

DOSA-DOSA BERMAIN FACEBOOK




DOSA-DOSA BERMAIN FACEBOOK

8 Dosa Yang Kita Buat di Facebook;


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. 
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. 

2) Terlebih gambar 
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. 

3) Penyamaran 
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. 

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. 
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. 

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. 
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka. 

6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

7) Bermain game-game di Facebook sehingga mengabaikan kerja di pejabat. 
Ada sesetengah yang sanggup membuat kerja di pejabat secara ala kadar hanya semata-mata mahu menjaga ayam ternakan, hotel, bandar dan restoran. Ini membuatkan produktiviti di pejabat semakin rendah dan seterusnya merugikan pekerja dan majikan itu sendiri.

8) Menyertai Fan page yang terang-terangan menyalahi kehendak agama seperti:
i. menyertai fan page bercirikan arak & alkohol (seolah-olah menyokong aktiviti-aktiviti sebegini)
ii. menyertai fan page yang mengaibkan orang atau organisasi (mengutuk, mengeji, mencaci dan membuat fitnah kepada seseorang hingga menjatuhkan maruah orang/organisasi itu)

Fikir-fikirkan lah kepada pengemar facebook. Saya nasihat kurang meletakkan gambar2 babyface anda  kerana lelaki bernafsu buas akan memerhati anda untuk membuat koleksi. 'Silap anda yang berdosa'.
[muazzinjamaludin.blogspot.com]

Wednesday, 10 October 2012

WANITA PILIHAN

Contoh Ciri-ciri wanita solehah : Jgn cari Wanita Ini pulak..hehe(jgn marah ye pemilik gambar)

8 Ciri-Ciri Wanita Yang Diidamkan Oleh Lelaki

1) Bersopan santun
Wanita yang lemah lembut dan bersopan santun akan membuatkan lelaki cair melihat setiap pergerakan dan percakapan anda.

2) Pandai Memasak
Yang ni adalah ciri-ciri yang paling penting sekali yang patut ada pada wanita. Wanita yang pandai memasak mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih baik. Lelaki juga lebih tertarik dengan wanita yang pandai memasak ni.

3) Pembersih
Wanita yang pembersih ni menjadi kegilaan setiap lelaki yang kurang pembersih. Ini kerana, semua kerja dirumah akan diuruskan oleh anda tanpa dipaksa oleh si suami.

4) Taat
Wanita perlulah taat dan tidak melawan setiap percakapan lelaki. Ada kalanya melawan itu penting jika si jejaka mempelawanya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh dan terlarang.

5) Bersifat keibuan
Secara jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan. Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk kanak-kanak menangis, dan sebagainya. Kenapa? sejuk hati seorang lelaki bila melihat anda peka terhadap alam rumahtangga walaupun anda belum berumahtangga. Dan itu merupakan salah satu bonus buat anda yang bersifat keibuan.

6) Jadi pendengar setia dan bukan menjadi pembangkang
Lelaki juga tidak pernah lari daripada masalah. Masalah yang dihadapi biasanya akan dikongsi bersama dengan orang yang tersayang dengan harapan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dialami. Jika anda ingin tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak speendapat dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa kali sebelum anda bangkang.

7) Jadi seorang yang berdikari dan tidak mudah putus asa
Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.

8) Sentiasa berterus terang dan tidak hipokrit.
Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.

Peringatan;
--> Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.




LELAKI PILIHAN

Contoh : Lelaki Idaman (Jgn Marah haa.).HEHE

10 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita Yang Perlu Anda Tahu


1. LELAKI YANG PRIHATIN
Kalau dapat lelaki sedemikian memang dijamin sweetla coz bila kita ada pe2 masalah kita boleh luahkan pada lelaki ini dan lelaki ni plak pandai ambik hati kita dan mengambil berat tentang kita time susah dan senang.Yang penting tidak hipokrit dalam meluahkan cadangan penyelesaian or pendapat tentang masalah kita. Yang paling ditakuti ialah bila lelaki ini akan berasa jemu coz asyik dia je kena jadi pendengar setia.Jadi kita kenala jadi prihatin jugak.Kira situasi win-win(Berkongsi2) la..hehe.

2. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Lelaki ni jenis yang cool kerana yakin dan bertimbang rasa dalam memberi kita suatu kebebasan untuk membuat pilihan dan keputusan yang sewajarnya.Bukan senang nak cari lelaki camni,kebanyakkan semua ada ego tinggi.Tapi diingatkan kebebasan yang diberi itu,bukanla tiket untuk keluar dari rumah tanpa minta izin dari dia.[ingat tu!!]:-)

3. LELAKI YANG BERHATI-HATI (BODYGUARD)
Lelaki ini seorang yang amat bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan. Kalau dapat lelaki sedemikian,nescaya kamu akan selamat 24jam dari sebarang kecelakaan dengan izin Allah s.w.t. Seolah2 kita dapat bodyguard yang sungguh setia menjaga keselamatan kita. Kan sweet camtuh macam dimanjai dan ditatang bagai sang puteri dari kayangan.[JgN mCM2 sUdaH]..hehe

4. LELAKI YANG WANGI DAN BERSIH
Lelaki ini bisa membuatkan kamu berasa selesa untuk mendampingi dengan dia. Masakan tidak,sudahla dia wangi kemudian bersih lagi. Tentula kamu akan berasa amat selesa. Sudah lumrah ktia cintakan kebersihan dan kewangian yang neutral. Konfirm keje2 kat rumah menjadi ringan andai dapat lelaki begini.[Confirm Peminat ramai, 'JgN KaHwiN Ramai SuDaH'].hehe

5. LELAKI YANG PEMURAH
Ni lelaki yang best,setiap ulang tahun kelahiran dan perkhawinan kita,konfirm ada2 je suprise dibuatnya. Ada yang dapat melancong ke luar negara,ada yang dapat barang idaman dan macam-macam lagi. Kalau lelaki ni jenis pangkat DATUK yang lebih berusia,rasanya kita x berapa nak bahagia kot, silap2 mati pucuk tak pon terlebih 'POWER'..hehe.. Lainla kalau dapat DATUK yang muda-muda yang dia sendiri ikhlas mencintai kita 'Itu lagi syok', tp nk cari mana Lelaki kaya yg baik[semua berlagak atas dasar duit bapak]..hehe.jgn marahhh..:-)

6. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Lelaki ni kadang2 best gak coz apa yang kita masak mungkin dia x la nak kritik sangat macam simon paul tuh. Kadang-kadang bila kita ajak makan kat luar,dia x marah n siap bawa kita ke restoran tempat kamu dating2 dulu. Best kan??'Saya belanja, awak bayar'..gurau je..hehe

7. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Ini lelaki kalau dapat memangla bahagia,bukan apa saat kita dalam kesedihan,kemurungan dan sebagainya,dia lah orang yang paling memberi sokongan padu. Saat kita nak melahirkan anak,dia ada disisi,saat kita perlukan pelukan kerana dibuang kerja,dia ada disisi dan apa jua konteks yang memerlukan kita mendapat sokongan,lelaki inilah yang akan memenuhi konteks tersebut.

8. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Lelaki ini kalau dapat konfirm kita akan dapat melawat tempat2 menarik seperti dalam hutan,tasik dan sebagainya. Memang best dapat lelaki yang sukakan kedamaian ni,mungkin kita x pernah masuk dalam hutan akan jadi gila nak masuk dalam hutan. Bukankah romantik berdua-duaan dalam hutan bersama lelaki begini(yang dah jadi suami la),seolah-olah dunia ni milik kamu berdua. Nak balik kampung konfirm dipenuhi lebih2 lagi kalau lelaki ni asal duduk dibandar.Mungkin dia lebih suka ikut kamu ke rumah mak mertuanya.

9. LELAKI YANG EGONYA TIDAK TINGGI
Tentu kita akan bahagia bila kita dapat meluahkan pandangan dan pendapat sendiri kepada lelaki ini.Bahkan dia sendiri sudi menerima cadangan kita,itupun kalau dia rasakan logik dan betul setelah berbincang dengan kita. Lelaki ini juga akan meluahkan perasaan kepada kita tanpa sembunyikan apa-apa.Coz dia yakin kita ni pendengar setia. Bukankah diri rasa dihargai bila dapat lelaki sedemikian[Bukan Pondan Ye]..hehe

10. LELAKI YANG KUAT BERAMAL SOLEH
Mendapat lelaki yang kuat beramal soleh adalah idaman sejati bagi mana2 wanita seolah-olah dalam rumah itu cam dalam syurga je. Manakan tidak,lelaki ini konfirm akan menyayangi kita dengan sepenuh-penuh kasih sayang,menegur kesilapan kita dengan betul dan sebagainya. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dalam hidup kalau dapat lelaki sedemikian. Mungkin sukar nak dapatkannya,tapi jodoh ni aneh.So selalulah berdoa kepada Allah s.w.t akan dikurniakan lelaki sedemikian.

--->Kitorang Doakan Kepada semua Wanita2 yang ada di Bumi Allah SWT ini mendapat Lelaki-Lelaki yang Soleh dan Baik Budi Pekerti...yang paling penting Agama k......